Fitch Ratings Make Bad, America In Disaster?

Setelah meletakkan Amerika Syarikat dalam pemerhatian negatif pada Mei lalu, Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit tertingginya kepada AA+ daripada AAA.

Fitch, salah satu daripada tiga agensi bebas utama yang menilai kelayakan kredit, berkata penurunan tersebut mencerminkan kemerosotan yang berterusan dalam tadbir urus sejak 20 tahun lalu.

Tindakan itu ternyata mencetuskan amarah kerajaan AS, di mana Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen mengatakan ia adalah berdasarkan ‘data lapuk’.

Penarafan kredit mengukur keupayaan perniagaan atau kerajaan untuk membayar balik kewajipan kewangannya dengan melihat sejarah peminjaman dan pembayaran balik pinjaman.

Oleh itu, penurunan penarafan itu sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan pelabur terhadap kerajaan dan ekonomi AS kerana negara itu biasanya dianggap sebagai pelaburan yang sangat selamat kerana saiz dan kestabilan relatif ekonomi.

Hasil perbendaharaan atau bon AS 10 tahun mencatat penyusutan susulan laporan itu, sebelum meningkat semula pada sesi Asia.

Pada Jun lalu, kerajaan berjaya menaikkan siling hutang kepada $31.4 trilion tetapi hanya selepas pertikaian politik yang berlarutan sehingga mengancam negara itu diambang ‘default’.

Fitch mengunjurkan nisbah hutang kerajaan akan mencapai 111.84% menjelang 2025 daripada 112.9% (semasa) yang menjadikan kedudukan fiskal AS terdedah kepada kejutan ekonomi di masa hadapan.

Selain itu, agensi itu turut meramalkan defisit kerajaan am (GG) sebanyak 6.3% daripada KDNK pada 2023, meningkat daripada 3.7% pada 2022, didorong oleh hasil persekutuan yang lebih lemah, inisiatif perbelanjaan baharu dan beban faedah yang lebih tinggi.

Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *